Beban dan Sabar

Salam alaik,

Sudah lama jemari ni tak coretkan sesuatu kat ruang maya ini. Awal bulan mei yang lepas genaplah 7 bulan aku melusuri jalan yang penuh liku dan cabaran ini. Semakin jauh aku dari gudang ilmu yang pernah aku jejaki, semakin bertambah beban dan tanggungjawab yang perlu aku pikul di kemudian hari. Proses pembinaan individu muslim telah dan sedang berjalan sehingga tiada tempoh masa tamatnya. Sebagaimana kata2 Imam Hassan Al-Banna "Islahlah dirimu dan ajaklah masyarakat." Tugas memperbaiki diri perlu seiring dan sejalan dengan tugas membaiki masyarakat. Hal ini kerana kewajiban yang kita ada adalah lebih banyak berbanding waktu yang tinggal.

Dalam masa yang sama kesinambungan pembentukan individu muslim ini akan berterusan dan kesinambungannya adalah dengan membentuk kelompok keluarga2 muslim yang pada akhirnya menjadi teras kepada masyarakat Muslim dan akhir sekali blok2 negara dan khilafah dapat diwujudkan.

Kita sedia maklum bahawa peranan dan fungsi kita sebagai individu muslim amat berat dan penuh dengan cabaran. Halangand an rinrangn ini digambarkan oleh ALLAH dalam Al-Quran bahawa manusia ini diciptakan tidak sia-sia dan semestinya ada ujian dan rintangan disediakan oleh ALLAH untuk manusia sekalian. Ada diuji dengan kesenangan, dan ada juga yang di uji dengan kesusahan. Jika kita lepas dengan ujian yang kita hadapi sendirian, maka ingatlah bahawa step ataupun tahap kedua dalam kehidupan manusia, mereka akan hidup berpasangan, lalu berganda dengan pengurniaan anak-anak, dan seterusnya keluarga semakin besar bilangan anggota. Maka disitu kita akan diuji pula dalam kelompok yang besar dengan pertambahan beban tanggungjawab yang tidak mungkin dapat dielakkan lagi oleh semua manusia.

Beban dan sabar ini amat rapat sekali. Seumpama adik beradik yang tidak dpat dipidahkan. Maka sesiapa yang memisahkan antara beban dan sabar, maka tunggula ketikanya, manusia itu berada di saat kehancuran. Lalu wujudlah sikap putus asa, panas baran, gila dan sebagainya. Hanya sabar sahaja yang boleh mengubat beban yang perit yang dipikul oleh setiap manusia.

wallahualam.

at 08:59  

0 comments:

Post a Comment