Kembali
Wednesday, 19 November 2014
Bila kita tidak sabar maka mudah Syaitan dan amarah menguasai diri. Nafsu dihadapan, akal dibelakang. Kewarasan mudah hilang umpama si mabuk bebas melakukan apa-apa tanpa rasa segan dan silu.
Mudah-mudahan kita digolongkan dikalangan orang-orang yang sabar dan gagah itu.
Sila Baca lagi.....
at 09:36 0 comments
ZINA VS NIKAH
Wednesday, 23 February 2011
Sila Baca lagi.....
at 00:37 0 comments
Ajal, rezeki dan jodoh hanya ditangan ALLAH
Wednesday, 21 October 2009
Setelah lama merancang untuk mendirikan rumahtangga, akhirnya perancangan hanya tinggal perancangan. Pastinya hati manusia yang lemah ini akan ada sekelumit rasa kecewa dan putus asa. Jika tidak mengapa ALLAH kurniakan aqal dan nafsu untuk manusia. Tidak lain untuk imbangan kehidupan manusia sebagai khalifah atau pegawai ALLAH di muka bumi ini. Dan yang paling besar sekali hikmahnya adalah untuk tunjukkan bahawa ALLAH Maha berkuasa dalam segala penciptaan makhluqnya sebagaimana kejadian manusia yang halus itu.
Tiga perkara yang telah putus dan tidak dapat kita nafikan lagi yang disediakan oleh ALLAH. 3 itu adalah Ajal, Rezeki dan Jodoh. Soal ajal tiada yang dapat menyangkal. Semua makhluq ALLAH yang bersifat fana' pasti tidak akan kekal. Begitu juga persoalan rezeki dan jodoh. Semuanya berada dibawah kekuasaan ALLAH untuk tetapkan mana yang terbaik untuk makhluqnya. Cuma hanya timbul persoalan masa dan waktunya sahaja yang masih menjadi hikmah. Sudah semestinya sukar untuk dirungkai bilakah ketiga-tiga perkara itu akan berlaku kepada kita.
Persoalan maut tidak akan timbul kekecewaan. Sebabnya mudah, orang yang sudah meninggal masakan dia sempat untuk beremosi dalam keadaan bergelut dengan sakaratul maut. Akan tetapi persoalan rezeki dan jodoh inilah yang selalu menjadi punca kesyirikan manusia kepada ALLAH. Sempat untuk kecewa dan menyalahkan takdir atas apa yang terjadi. Terutamanya persoalan jodoh. Kecewa dan putus asa mudah melanda bagi manusia yang tidak sabar dan tidak redha dengan ketentuan jodohnya. Ada yang mengambil jalan singkat dengan membunuh diri dan ada juga yang terus berputus asa dengan kehidupan.
Hal ini harus berbalik kepada soal pegangan aqidah kepada ALLAH. Jika kita yakin ketentuan itu datang dari ALLAH, pastinya kekecewaan kita tidak lama. Susah untuk mengelak kekecewaan, yang boleh kita lakukan adalah dengan mengurangkannya sedikit demi sedikit dengan kembali kepada ALLAH. Pokok pangkalnya adalah kembali kepada fitrah iaitu meletakkan kebergantungan hanya kepada ALLAH semata. Makhluq tidak kekal dan yang hanya kekal abadi adalah ALLAH.
Berkaunselinglah kepada yang KEKAL ABADI nescaya hidup akan tenteram. InsyALLAH.
Sila Baca lagi.....
at 19:30 0 comments
Labels: Tadzkirah
Salam Eidulfitr
Tuesday, 15 September 2009
Sila Baca lagi.....
at 23:29 0 comments
Puasa mengajar erti Sabar
Wednesday, 12 August 2009
Ramadhan bakal membuka tirainya. Bulan tarbiyah yang dinanti-nantikan oleh semua pencinta amalan2 tazkiyah nafs. Puasa dengan erti kata amalan orang awam adalah dengan menahan dari lapar dan dahaga. Tapi dari segi tasaufnya, lebih dari itu.
Bepuasa ertinya menahan diri dari melakukan apa yang ALLAH tidak gemar dan tegah. Bila kita lakukan perkara yang kita sukai, itu perkara yang mudah dan senang. Tidak perlukan konflik dalam jiwa. Akan tetapi bila perkara yang kita sukai itu adalah perkara yang ditegah ALLAH, nah!!! di situlah perlukan perngorbanan. Korbankan jiwa untuk tinggalkan perkara yang dah jadi tabiat atau kebiasaan kepada perkara yang tak biasa dilakukan dan perkara itu tidak disukai ALLAH. Contohnya makan itu perkara rutin dan biasa jika di luar bulan ramadhan. Tapi bila dah bulan ramadhan kena tahan diri dari makan dan itulah yang ALLAH minta untuk kita tinggalkan.
Begitu juga dengan perkara2 lainnya. Ada yang sudah bersarang dalam hati kita. Akhir sekali baru kita tahu yang selama ini perbuatan yang bersarang itulah yang tidak disukai malah ditegah oleh ALLAH. Lalu disinilah perlunya sifat sabar. Sabar penting untuk kita teruskan kehidupan didunia. Tak sabarlah ada yang gantung diri dan mati. Tak sabarlah ada yang sanggup membunuh saudara sendiri. Tak sabarlah ada yang sanggup mengeluarkan kata2 nista kepada saudaranya sendiri. Akhirnya membuahkan penyesalan yang tidak dapat berpatah semula.
Selain tazkiyah nafs, ALLAH juga ganjarkan berlipat2 ganda pahala di bulan ramadhan kahs untuk hambanya yang sabar dan istiqomah dengan amalan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH. Bersabar untuk dicintai tidak rugi. Lagikan untuk dicintai oleh Pencipta Neraka dan Syurga. Nikmatnya tidak terhingga dan azabnya tidak terperi.
kan ke sabar itu sebahagian dari iman.........
Sila Baca lagi.....
at 02:29 0 comments
Labels: Tadzkirah

