ZINA VS NIKAH

ALLAH telah mensyariatkan satu amalan yang jika diamalkan akan mendatangkan pahala yang berganda dan banyak. Selain itu melalui amalan ini ALLAH telah sediakan pelbagai penyelesaian terhadap masalah sosial yang berpunca daripada fitrah manusia yang tidak boleh dihalang. Itulah dia sifat kasih dan cinta antara lelaki dan perempuan. ALLAH bukan zalim untuk menghalang sifat fitrah manusia tersebut, malah lebih dari itu ALLAHlah yang telah menciptakan sifat tersebut sesuai dengan fitrah manusia. Banyak antara kalam ALLAH yang menceritakan tentang penciptaan lelaki dan perempuan adalah untuk berpasangan dan sebagai tempat menyalurkan fitrah penciptaan manusia.



Namun harus diingat disini, ALLAH ciptakan sifat kasih dan cinta bukan untuk disalurkan dengan sesuka hati. Malah ALLAH telah molekkan lagi ia dengan aturan dan kaedah untuk melaksanakan ianya dengan lebih tersusun dan penuh nikmat kesyukuran. ALLAH tegah supaya elakkan zina bukan bermaksud ALLAH menghalang penyeluran fitrah tersebut akan tetapi ALLAH sudah sediakan satu peraturan yang dapat menggantikan perbuatan tersebut sekaligus dalam keadaan jiwa yang tenteram dan yang paling penting mendapat ganjaran daripadaNYA. Hikmah pensyariatan nikah adalah penyelesaian terbaik bagi peraturan paling asas bagi menyalurkan rasa kasih dan cinta selari dengan fitrah kejadian lelaki dan perempuan. Bahkan baginda nabi sendiri menunjukkan contoh yang terbaik dalam membina rasa cinta menurut peraturan ALLAH. 

Secara asasnya, beza antara cinta tidak bernikah dan cinta yang dilahirkan melalui pernikahan ialah perkataan DOSA dan PAHALA. Cinta yang tidak bersyariat atau sebelum nikah jauh lebih teruk berdanding selepas sah dari syara' iaitu melalui jalan pernikahan. Banyak keburukan yang boleh diperolehi melalui percintaan sebelum nikah. Hubungan yang tidak diikat dengan rasa tenang dan jiwa akan sentiasa rasa terancam dan ketakutan. Tidak lansung akan berasa tanggungjawab. Malah akhir sekali akan lahirlah zuriat-zuriat yang tidak berdosa yang terpaksa dibunuh.

Maka jika kamu mampu, bernikahlah......

at 00:37  

0 comments:

Post a Comment