PENGUMUMAN PENTING!!!




Sila Baca lagi.....

at 18:55 0 comments  

Posting oh Posting....

Mudah untuk di ungkapkan. Namun amat sukar untuk di nukilkan. Lebih kurang begitulah keadaan aku sekarang. Kata2 yang selalunya mudah untuk dirungkai tapi akhirnya bila nak di ukirkan dalam
bentuk penulisan amat sukar sekali. Mungkinkah aku kurang berbakat untuk menulis???ataupun sikap malasku menguasai aku???. Tapi yang pastinya, bagi sesetengah penulis berpengalaman mengatakan bahawa sesuatu tulisan yang menarik itu bermula dengan menulis dan terus menulis. Maksudnya perlukan pengalaman dan pengamatan untuk menulis. Namun bagi sesetengah pandangan yang lain ada mengatakan yang penulis ini biasanya orang yang tak pandai nak berucap. Barilah apa juga pandangan. Yang paling pasti ialah bidang penulisan ini juga mainkan peranan penting dalam peperangan. Juga dalam berdakwah. Masakan ada yang tertarik dengan Islam dengan tulisan. Malah ada juga yang lebih buruk dengan membenci Islam dengan juga penulisan.


Yang amat pasti bagi aku ialah, aku menulis ini adalah dengan harapan untuk ikat. Moga orang yang baca tulisan aku ini boleh diikat. Ikat dengan tali aqidah untuk terus terima bahawa Islam itulah yang sepatutnya jadi cara hidup. Mintak di jauhkan agar tulisan aku ini tidak merosak lagikan menjauhkan lagi pembaca dari hidayah ALLAH. NaudzubiLLAH.


Tulis dan terus menulis

Tidak kira kertas itu rupanya kosong atau bergaris

Tapi yang pasti bukan untuk pelaris

Dan juga bukan untuk di kuis-kuis

Halus tulisan boleh buat orang menangis

Tapi kalau kasar pula mungkin ada yang terguris

Baik tulisan boleh dipraktis

Dan kalau buruk pula perlu ditepis

Selagi nyawaku ini belum lagi habis

kan ku terus berusaha gigih untuk MENULIS....

Untuk mengisi medan dakwah ini yang penuh tragis......



Kg. Likas

8.07p.m.


Sila Baca lagi.....

at 03:56 0 comments  

Karyaku : Sang Pendokong

Salam ukhuwah untuk semua pendakwah
Sedang mengkaji dan mencari jalan yang terarah
Tiap malam munajat dan berserah
Pada Sang Penguasa Yang Maha Pemurah
Bermuhasabah dengan silap dan salah
Agar pahala yang terkumpul tidak kalah
Pada dosa yang banyak tercurah
Peluh dan keringat kerap dikerah
Menempuh jalan dahwah yang berliku dan berlurah
Hingga ke titisan air mata darah
Caci dan maki sanggup diredah
Jangan bersedih dan jangahlah cepat marah
Hanya kepada ALLAH diletakkan pasrah
Untuk mencari CINTANYA di akhirah
Agar kelak disana jiwa dan jasad tidak susah
Ikhlaskan dirimu wahai pendokong JALAN INI dan teruskan istiqomah
Telah terpilih dirimu wahai PENDAKWAH.........



Riverside Plaza
3.10 p.m.
1/12/2008


Sila Baca lagi.....

at 22:53 0 comments  

KURSUS USAHAWAN HALAGEL Malaysia!!!


Kursus Usahawan HALAGEL Malaysia

Dengan segala Hormatnya dijemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Kursus Usahawan HALAGEL yang akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 17hb dan 18hb November 2008
Tempat : Likas Square , Kota Kinabalu.
Pendaftaran : 17hb November 2008, jam 2.00ptg
Yuran : RM50-100/seorang

Tempat adalah TERHAD!!!
Faedah yang akan diperolehi oleh para peserta seperti berikut :
  • Menjadi agen Produk HALAGEL di Sabah.
  • Kit Produk (Katalog & Pamplet2 produk Halal)
  • Ilmu-ilmu pemasaran produk Halal di Negeri Sabah.
  • dll.
Sesiapa yang berminat boleh terus hubungi urusetia di talian :

Tel./Fax (Pej.)
: 088-384 909
Nabila : 016-827 0350
Khairul : 013-300 2097
Norliah : 013-853 6232


BERSAMA MENJANA EKONOMI UMMAH


Sila Baca lagi.....

at 16:22 0 comments  

Program Jelajah Ulama Sekitar Pantai Barat Sabah

"Program Jelajah Bumi Bawah Bayu kali ini menampilkan ulama semasa iaitu Tuan Guru Haji Abdul Baqi Bin Othman dari Temerloh, Pahang. Program akan bermula pada 24 hingga 27 Oktober ini.

Berikut dipaparkan alternatif program:

Jumaat, 24 Oktober 08.
Khutbah dan ceramah lepas jumaat di Masjid Pekan Menggatal.
Kuliah Maghrib di Surau Taman Austral ,Kepayan.

Seterusnya...

Sabtu 25 Oktober 08
10.30 pagi: Ceramah di mMasjid Daerah Kota Marudu,
Kuliah Maghrib di Masjid Tanjung Kapur, Kudat.

Ahad 26 Oktober 08.
9-12 tengahari: Ceramah di Taman Nikmat, Kota Belud
Kuliah Maghrib di Masjid Daerah Ranau ,

Isnin 27 Oktober 08
Kuliah Subuh di Masjid Kg. Lohan, Ranau.
10-12 pagi: Ceramah di Masjid Daerah Tamparuli.
Maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia di talian 0138560679, 088-384 909, 088-389 515


Sila Baca lagi.....

at 22:58 0 comments  

Laporan Polis Terhadap Dompok Esok!!!

Esok bersamaan 18 Oktober 2008, dua laporan polis akan dibuat oleh wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan satunya lagi oleh wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah berkenaan tentang kenyataan yang dibuat oleh YB Bernad Dompok dalam kongres ke-12 UPKO di sabah baru-baru ini. Kenyataan beliau telah menyentuh tentang sensitiviti agama Islam dan penganutnya.

Laporan akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, bertempat di karamunsing. Laporan akan dibuat bermula jam 9pagi. Diharapkan semua Umat Islam disekitar Kota Kinabalu dapat sama-sama berkumpul untuk menyatakan sokongan dan tunjukkan sensitiviti anda sebagai seorang Islam.!!!


Sila Baca lagi.....

at 05:22 0 comments  

Ukhuwah di bulan Ramadhan

Sedar tidak sedar, Ramadhan yang dahulunya dinanti sudah hampir ke penghujungnya. Bagi para abid yang senantiasa merindukan ALLAH maka pemergian Ramadhan kali ini agak memeritkan bagi mereka. Namun bagi ahli awam atau insan yang tergolong dikalangan orang-orang biasa, mereka semua pasti gembira. Bukan gembira meninggalkan ramadhan, tapi gembira untuk menyambut hari yang dianggap mulia dan untuk meraikan setelah sebulan mereka penat berpuasa. Bukan mereka ini tidak sayang pada Ramadhan malah dengan kesungguhan solat tarawikh yang mereka tunjukkan jelas mereka suka pada ramadhan, tapi mereka cuma tidak dikurniakan nikmat hidayah dan kecintaan kepada pengibadatan kepada ALLAH yang hanya dikurniakan pada ahli abid yang taat.
Sepeninggalan baki bulan ramadhan yang tinggal ini seharusnya kita manfaatkan dengan sebaiknya. Dalam satu mafhum hadith nabi "ramadhan itu di awalnya adalah rahmat, dipertengahannya itu adalah pengampunan dan diakhirnya itu akan dijauhkan diri daripada azab neraka". Dalam bulan ramadhan ini jelas disana terkandung mesej tersirat yang kekadang tidak dapat dilihat dan dirasai oleh segelintir insan khasnya yang khusyu beribadat kepada ALLAH. Konsep rahmah dan maghfirah yang ALLAH kurniakan kepada manusia dalam bulan ramadhan seharusnya diambil sebagai satu titik tolak kepada pengukuhan ikatan tali persaudaraan aqidah dikalangan umat manusia lagikan yang bersaudara dengan ikatan darah. Kita sering bertelagah, kita sering bertengkar dan berselisih pendapat dan yang agak dasyat sedikit ada yang sampai bertumpah darah kerana perselisihan. Jika kita memohon dan memberi maaf secara berdepan mahupun tidak berdepan sekalipun masih belum selesai sebenarnya. Jauh didalam hati kecil masih bercerita tentang perselisihan itu sehingga tiada kata noktahnya. Hanya satu penyelesaiannya dan dibulan yang mulia ini boleh dan seharusnya dipraktikkan. Selepas memohon maaf seharusnya diiringi selepas itu dengan memohon kepada ALLAH supaya mengampuni dosa dan kesalahan kita serta orang yang kita maafkan. Selesai dengan manusia dan selesai dengan ALLAH itulah yang terbaik.
Rahmah ALLAH itu bersama hamba-hambanya yang senantiasa berkasih sayang sesama manusia. Kenapa kita perlu jadi tidak kasih kepada saudara kita sedangkan ALLAH itu bersifat rahmat???adakah kita ini lebih hebat dari ALLAH???naudzubillah min dzalik. Marilah kita bersama mengambil kesempatan di saki baki bulan yang mulia ini menautkan hati sesama saudara seaqidah kita untuk saling berkasih sayang dan mendoakan sesama sendiri.....

"Sesungguhnya semua mu'min itu bersaudara dan perteguhkanlah diantaranya..."
(AL-Hujurat : ayat,10)
Waalhualam....


Sila Baca lagi.....

at 20:44 0 comments  

Ukhuwah dan Kesabaran

Terbaca satu notis di tingkap dapur yang berbunyi lebih kurang begini... "Depan muslimat cover hensem, tapi kat rumah pinggan nak cuci pun malas...!!", sekali baca pasti akan tersengih, tapi bagi orang yang lain mungkin tafsirannya agak keras dan tidak berhikmah. Namun itulah hakikat jika bersahabat. Ada teguran yang tak terungkap dek kata-kata tapi pena yang menjadi mangsa medium untuk meluahkan isi hati kecil. Lumrah dan asam garam dalam bersahabat pasti akan ada masanya kita bersuka ria, bergurau senda, 'gossip' liar dan tidak lekang juga dari bermasam muka dan berkecil hati. Jika tiada lekang dalam bersahabat pasti hidup kita tidak akan berwarna.

Tegasnya di sini, asas kepada persahabatan khasnya bagi individu muslim daie adalah Ukhuwah Islamiah yang berpegang kepada ayat dari surah Ali Imran ayat ke 103 yang bermaksud "dan berpeganglah kamu pada tali(Aqidah) ALLAH dan jangan berpecah belah...". Jelas dalam ayat ini bahawa asas kepada pembentukan ukhuwah Islamiah dalam bersahabat itu yang pertama ialah aqidah tauhid yang jitu kepada ALLAH. Asas kedua yang penting ialah perasaan mahabbah(Berkasih-sayang) kerana ALLAH. Mahabbah ini suri teladannya ditunjukkan oleh Baginda Nabi S.A.W. dalam sirah perjalanan hidup baginda. Melebihkan para para sahabat daripada diri sendiri. Hal ini mungkin terlalu ideal untuk dilaksanakan namun itulah hakikatnya.

Satu lagi  perkara asas dalam membina ukhuwah Islamiah ialah SABAR. Pernah dikatakan oleh ulama bahawa orang yang paling gagah itu ialah orang yang boleh menahan nafsu kemarahannya iaitu dengan bersabar. Sifat sabar dalam bersahabat memainkan peranan yang penting dan akan memberi kesan yang konsisten keatas perlaksanaan ukhuwah secara praktikal. Dari sekecil-kecil karenah sehingga sebesar perkara hendaklah meletakkan sabar sebagai faktor utama dalam bersahabat. Telah termaktub didalam Al-quran yang menjelaskan bahawa perjalanan untuk menegakkan panji Islam ini sangat jauh dan sukar. Dan sudah pastinya dalam mengharungi perjalanan yang jauh dan sukar itu bersama dengan para sahabat di sisi. Tak dinafikan yang sahabat kita tak semaksum Nabi dan tidak pula mencapai tahap para Sahabat baginda, pasti akan ada dikalangan sahabat termasuk diri kita yang melakukan kesilapan samada besar mahupun kecil. Sabar dan memberi maaf itu perlu bagi meneruskan kesinambunagan persahabatan kita.

"ana mintak tolong satu ja daripada sahabat sekalian, tolong doakan ana sentiasa berada dengan sahabat sebagaimana sifat dan sikap antum iaitu sentiasa berdakwah di jalan ALLAH." meminjam kata-kata ustaz 'bible' seorang pendakwah yang giat menangani isu murtad khususnya di sabah. Beliau juga mengingatkan dengan memetik satu potong ayat al-quran yang bermaksud "dan maafkanlah mereka, dan mintak lah supaya ALLAH ampunkan mereka....". Dalam ayat ini menyuruh kita memberi kemaafan dan memohon supaya ALLAH mengampunkan dosa sahabat kita itu. Memaafkan adalah untuk zahir dan memohon ampun daripada ALLAH adalah untuk menghilangkan perasaan marah kita di dalam hati. Sungguh indah perintah dan suruhan ALLAH ini. Jelas disini Ukhuwah antara yang paling praktikal dan mudah dilakukan ialah dengan bersabar, memaafkan dan mendoakan sahabat kita itu. Semoga kita senantiasa istiqomah berada di jalan dakwah ini.

Semoga ALLAH memberi keampunan kepada kita serta sahabat2 sperjuangan kita.........amin ya Rabbal alamin....


Tika gunung berbicara....


Sila Baca lagi.....

at 04:54 0 comments  

Kita berhajat, ALLAH penentu segalanya....

Hidup manusia di muka bumi ALLAH ini tidak sia-sia dan juga tidak dijadikan tanpa ada hikmah disebalik kejadiannya. Begitu juga dengan penciptaan keadaan dan segala macam perkara yang dihadapi setiap ketika dan saat. Secara hakikatnya segalanya adalah dengan kehendak dan penentuan DariNYA, tanpa kita selaku manusia tiada lansung walaupun sedikit kuasa untuk menentukan apa yang akan berlaku ke atas diri kita. 
Walaupun kita seringkali berhajat kepada ALLAH supaya DIA mempermudahkan urusan kita dan menunaikan hajat kita, namun paling penting untuk kita ingat bahawa tidak semestinya ALLAH akan menunaikannya. Firman ALLAH dalam surah albaqorah ayat ke 216 : " tidak semestinya sesuatu perkara yang kamu suka itu baik untukmu dan tidak pula semestinya perkara yang tidak kamu suka itu tidak baik untuk kamu...". ALLAH lah jua yang MAHA MENGETAHUI apa sahaja yang DIA lakukan ke atas diri kita sebagai manusia yang hina selaku hamba kepadaNYA. 
Namun manusia sering mengeluh dan tidak bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan, walhal disebaliknya ada banyak kebaikan dan hikmah yang tidak boleh dinilai dan dilihat pada pandangan zahir manusia yang lemah ini. Tidak bermakna apa yang kita hajati daripada ALLAH setiap hari sekalipun, akan ditunaikan olehNYA pada masa yang kita kehendaki. Mungkin disitu ALLAH ingin menguji kita adakah iman dan aqidah kita masih memilih ALLAH yang Esa atau memilih jalan untuk menyekutukanNYA. Tidaklah layak kita memaksa ALLAH menunaikan segala permintaan kita. Kita hanya mampu memohon dan mungkin tidak di dunia pasti akan ada ganjarannya kelak di akhirat, percayalah.......insyALLAH.
"adakah kamu mengira aku jadikan sesuatu perkara itu sia-sia dan tidak akan dikembalikan??..." 
Wallahualam....


Sila Baca lagi.....

at 11:23 1 comments  

Beban dan Sabar

Salam alaik,

Sudah lama jemari ni tak coretkan sesuatu kat ruang maya ini. Awal bulan mei yang lepas genaplah 7 bulan aku melusuri jalan yang penuh liku dan cabaran ini. Semakin jauh aku dari gudang ilmu yang pernah aku jejaki, semakin bertambah beban dan tanggungjawab yang perlu aku pikul di kemudian hari. Proses pembinaan individu muslim telah dan sedang berjalan sehingga tiada tempoh masa tamatnya. Sebagaimana kata2 Imam Hassan Al-Banna "Islahlah dirimu dan ajaklah masyarakat." Tugas memperbaiki diri perlu seiring dan sejalan dengan tugas membaiki masyarakat. Hal ini kerana kewajiban yang kita ada adalah lebih banyak berbanding waktu yang tinggal.

Dalam masa yang sama kesinambungan pembentukan individu muslim ini akan berterusan dan kesinambungannya adalah dengan membentuk kelompok keluarga2 muslim yang pada akhirnya menjadi teras kepada masyarakat Muslim dan akhir sekali blok2 negara dan khilafah dapat diwujudkan.

Kita sedia maklum bahawa peranan dan fungsi kita sebagai individu muslim amat berat dan penuh dengan cabaran. Halangand an rinrangn ini digambarkan oleh ALLAH dalam Al-Quran bahawa manusia ini diciptakan tidak sia-sia dan semestinya ada ujian dan rintangan disediakan oleh ALLAH untuk manusia sekalian. Ada diuji dengan kesenangan, dan ada juga yang di uji dengan kesusahan. Jika kita lepas dengan ujian yang kita hadapi sendirian, maka ingatlah bahawa step ataupun tahap kedua dalam kehidupan manusia, mereka akan hidup berpasangan, lalu berganda dengan pengurniaan anak-anak, dan seterusnya keluarga semakin besar bilangan anggota. Maka disitu kita akan diuji pula dalam kelompok yang besar dengan pertambahan beban tanggungjawab yang tidak mungkin dapat dielakkan lagi oleh semua manusia.

Beban dan sabar ini amat rapat sekali. Seumpama adik beradik yang tidak dpat dipidahkan. Maka sesiapa yang memisahkan antara beban dan sabar, maka tunggula ketikanya, manusia itu berada di saat kehancuran. Lalu wujudlah sikap putus asa, panas baran, gila dan sebagainya. Hanya sabar sahaja yang boleh mengubat beban yang perit yang dipikul oleh setiap manusia.

wallahualam.


Sila Baca lagi.....

at 08:59 0 comments  

Sabar itu sebahagian daripada Iman

"Kenapa nta buat kerja orang lain???kan dah bahagi-bahagi kerja???kerja yang diberi dah siap???" satu dialog yang berlaku pada petang Jumaat yang mendung dan sayu. Mungkin tiada perkataan yang dapat diganti kepada sahabat saya yang terkedu dengan dialog tersebut. Ianya membuatkan saya turut kaget dan terkesima sebentar. Hormat dan rasa keorganisasian, itu yang dapat diterjemahkan melalui tindakan sahabat saya itu dlam mengharungi situasi itu dengan penuh tenang dan berhemah. "Hari ni hari Jumaat, jadi cuti dan sebab tu ana tak buat kerja hari ni." hanya suasana yang sepi menjadi jawapan selepas itu.

Satu peringatan kepada semua yang terlibat dalam mengorganisasikan sesuatu badan atau institusi, sikap toleransi, hormat menghormati, kasih sayang serta patuh pada arahan menjadi satu mekanisma kepada kejayaan sesebuah organisasi selain daripada ianya dipandu atas dasar ISLAM.
Sikap hormat menghormati perlu ada bukan sahaja dikalangan pengikut malah juga kepimpinan. Seorang orientalis Barat menyatakan "Jika kita mahu orang lain melayan kita dengan baik maka kita perlu layan mereka dengan baik dahulu." Dengan kata lain sikap ini adalah pantulan semula sikap kita kepada orang lain.
Kasih sayang, saling memahami dan toleransi juga merupakan elemen yang menjadi kunci kepada keamanan sesebuah organisasi. Tak mustahil jika kita lihat zaman ini banyak organisasi yang kecundang kerana lahirnya wabak-wabak konflik dalaman yang berpunca daripada tidak lain masalah hati. Sikap ini tiada mulanya melainkan kedua-dua pihak harus memainkan peranan masing-masing tanpa menunding jari kepada sesiapa. Kunci kepada elemen ini ialah sifat SABAR.

Kan ke SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN???

bila gunung bersuara........


Sila Baca lagi.....

at 21:17 0 comments  

Rezki di tangan ALLAH

"Tiga budak hitam main tapi longkang, satu kena panggil balik dah tinggal lah dua....", siapa yang tidak tahu lagu tradisional ini. Sentiasa didendangkan semasa kita masih kecil lagi. Terfikir juga ada wujud ke budak2 hitam ni???ataupun mereka ni keturunan daripada india ataupun afrika selatan yang menggambarkan kulit dan wajah mereka???

Kalau difikir2kan secara mendalam, sebenarnya banyak motif dan mesej yang mendalam yang ingin disampaikan oleh pencipta lagu tersebut. Dan semestinya perkara tersebut terjadi kepada kami sekarang yang bertungkus lumus di pejabat sekretariat. Ujian yang ALLAH timpakan bukan lah untuk hambanya merungut kosong dan mengomen, tapi adalah untuk memberi satu 'mid term exam' kepada 'candidatenya' untuk menguji tahap PNGK iman hambanya.

Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, begitu lah peribahasa melayu menyatakan bahawa tidak selamanya kita akan berada di sesuatu tempat itu. Yang pastinya semuanya akan pergi dan kembali ke alam yang baqo. Macam kena juga mesej dalam lagu 'budak hitam' itu. Kawan2 hitamnya takkan berada disamping atau dalam kelompok mereka selamanya, seorang demi seorang akan meninggalkan kumpulan tersebut, tidak kira samaada secara sendiri ataupun ajal yang menjemputnya.

Jika kita yakin dengan rezki yang ALLAH kurniakan, pasti kita tidak akan risau dan runsing tentang perihal untuk menyusun kehidupan esok hari. Tetapi itu teorinya sahaja. Jauh dari sudut praktikalnya. Adakah kita benar2 yakin dengan rezki yang ALLAH kurniakan???ataupun kita takut untuk jadi miskin???ataupun bimbang akan ditolak proposal untuk meminang anak kepada bakal bapak mentua kita???persoalan ini mungkin(tak pasti) menghantui pemikiran pekerja-pekerja sepenuh masa yang tidak menjanjikan pulangan dunia yang lumayan berbanding bekerja tetap yang sudah pasti akan ada pencennya. Bila berkata tentang risiko, mungkin ia juga satu aspek yang terlintas di dalam benak pemikiran individu yang ingin meletakkan diri dalam perjuangan secara sepenuh masa. Ianya tak lain adalah kesinambungan untuk meneruskan kehidupan harian atau survival yang bukan untuk diri sendiri sahaja malah juga untuk keluarga yang bakal dibina kelak. Ini adalah persoalan yang senantiasa berlegar dari masa ke masa tanpa akan ada noktah hentinya. Hal ini juga banyak dinyatakn di dalam sirah para Nabi dan Rasul serta juga sirah para pendokong perjuangan khususnya Islam. Dari segi teorinya mungkin lulus, tapi bila sampai bab praktikalnya.......Hanya ALLAH yang tahu.......

Wallahualam.....


Sila Baca lagi.....

at 09:31 0 comments  

Qorban & Terkorban ; Dua2nya Jihad

Rezki dan Jodoh kuasa ALLAH

Ijazah bukan penentu segalanya. Tak bermaksud juga segulung ijazah itu tidak penting. Masyarakat mengukur taraf bagi seseorang yang mempunyai ijazah itu tinggi sedikit berbanding mereka. "Aku dulu sekolah tak tinggi pun boleh hidup, boleh dapat gaji tinggi..". Persoalan cari makan ini banyak pendapat yang boleh dijadikan panduan. Juga tidak dinafikan ada juga 'khilaf' dalam mendefinisikan mencari makan. Tetapi yang paling penting bagi seseorang muslim yang mukmin mestilah berpegang kepada prinsip bahawa rezki, jodoh dan ajal itu semuanya sudah ditetapkan oleh ALLAH sejak azali lagi. Cuma manusia perlu berusaha untuk mendapat rezki yang terbaik baginya sebagaimana firman ALLAH dalam al-quran:

"Aku ciptakan kematian dan kehidupan ini tidak lain hanya untuk menguji siapakah diantara kamu paling baik amalannya."
(Surah Al-Mulk, ayat:2)

Halangan dan rintangan

Bekerja sepenuh masa dengan jemaah dengan ertikata lain tidak melakukan kerja-kerja lain, atau dibayar gaji atau elaun daripada jemaah merupakan satu tanggungjawab yang besar perlu dilalui oleh individu yang terlibat dengannya. Semestinya penuh dengan cabaran realiti kehidupan yang perlu ditempuhi. Halangan2 ini yang akan menguji para pendokong sepenuh masa terutamanya yang berkelulusan ijazah. "Kau ni berkelulusan ijazah, tapi mak tengok gaji kau ni tak macam orang yang ade ijazah. Kerja siang malam, 7 hari seminggu, orang cuti kau kerja, tapi gaji tak naik2." Banyak lagi penyataan yang semestinya mengguris dan serba sedikit memberi kesan yang walaupun tak banyak tapi sedikit tapi berkesan dalam jiwa. Hal ini memerlukan satu pegangan prinsip yang teguh dikalangan pendokong ini.

penulis belum lagi menyentuh soal perkahwinan. Kerana hal itu lagi dasyat untuk dibincangkan. mungkin akan dikupas pada tulisan yang seterusnya. tapi apa yang nak di bincangkan kali ini adalah hal permulaan yang berkaitan dengan keluarga sendiri yang memberi cabaran khususnya dalam jiwa-jiwa pendokong ini.

Betullah kata-kata murobbi iaitu setelah bertekad untuk menjadi pendokong, cara hidup kena ubah. Kita akan jadi lain dari orang biasa. kita kena jadi luar biasa. Itulah sedikit ungkapan yang mungkin boleh diambil sebagai bekalan di sepanjang jalan untuk menegakkan Islam di muka bumi ini.

wallahualam.

KJ
suaragunung.blogspot.com


Sila Baca lagi.....

at 07:46 0 comments  

Hubungi Kami

Lot 30, Ground Floor
Block D, Riverside Plaza
Kingfisher Park
88450 Kota Kinabalu


Sila Baca lagi.....

at 08:28 0 comments  

Salam Taaruf

Suara Hati
Diilhamkan oleh penulis untuk mengkhabarkan dan memberitahu semua tentang hati kecil ini yang banyak merintih untuk mencari sesuatu yang hebat.

Selamat membaca!!!


Maal Hijrah

Assalamualikum warah matullahiwabarakatuh.
Salam tahun baru Hijriah. Salam Ukhuwah Harum Mewangi.
Segala puji bagi ALLAH tuhan pentadbir sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi S.A.W. serta para keluarganya dan para sahabatnya.

Disebalik sambutan Maal Hijrah yang disambut di seluruh dunia, terdapt peristiwa yang harus diambil iktibar oleh semua umat Islam. Merujuk kepada hadith yang pertama dari petikan kitab Matan Arbain, yang bermaksud :

"Nabi S.A.W. bersabda: sesungguhnya setiap amal perbuatan itu dimulakan dengan niat dan setiap perbuatannya bergantung kepada apa yang diniatkan, barangsiapa yang berhujrah kerana ALLAH dan Rasul, maka mereka berhijrah kerana ALLAH dan Rasul, dan barangsiapa yang berhijrah kerana untuk mengejar dunia atau ingin mengahwini daripada wanita2, maka mereka akan dapat apa yang mereka niatkan."

Jadi jelas daripada hadith Nabi ini bahawa perbuatan kita adalah diukur daripada niat kita. Sejauh mana perjalanan hidup kita didunia samaada lepas atau tidak dengan ujian yang diberi oleh ALLAH adalah sangat bergantung kepada 'setting' yang kita buat daripada niat asal kita.

Niat kita boleh samakan dengan azam atau cita2. Dalam mafhum hadith tentang niat tersebut, jelas menyatakan supaya kita meletak pengakhiran kepada niat, azam dan cita2 kita tidak lain daripada ALLAH. Ini kerana destinasi terakhir perjalanan hidup kita akan bertemu dengan Yang Maha Pencipta.

Lembaran baru tampung lembaran lama.

Terselaknya kertas kelender Hijriah maka terselaklah juga lembaran buku baru bagi catatan kehidupan kaum muslimin. Sesungguhnya tahun yang baru semestinya penuh dengan onak dan cabaran yang baru harus ditempuhi.

Taklifan semakin banyak dan mencanbar. Persediaan dari segi mental dan fizikal harus diperkasakan agar tidak 'pancit' dan akhirnya gugur ditengah jalan. Begitulah juga taklifan yang bakal diberikan kepada kami barisan petugas Amal Islami yang masih kehingusan. Merangkak mencari panduan dan tunjuk ajar. Semestinya tugas sebagai seorang ahli haraki sepenuh masa bukan sahaja menagih masa malah lebih daripada itu yang melibatkan jiwa dan kekentalan rohani.

Semoga tahun baru ini dan dengan azam dan munajat yang tinggi kepada ALLAH, taklifan yang diberikan dapat meningkatkan lagi tahap pengabdian kepadaNYA dan mohon daripada ALLAH agar dijauhkan daripada tersasar dari landasan hidup sebagai seorang Islam lagikan pula seorang pejuang......Amieeeeennnn.


Salam Maal Hijrah 1429

SCSuaragunung


Sila Baca lagi.....

at 03:21 2 comments