Ukhuwah di bulan Ramadhan

Sedar tidak sedar, Ramadhan yang dahulunya dinanti sudah hampir ke penghujungnya. Bagi para abid yang senantiasa merindukan ALLAH maka pemergian Ramadhan kali ini agak memeritkan bagi mereka. Namun bagi ahli awam atau insan yang tergolong dikalangan orang-orang biasa, mereka semua pasti gembira. Bukan gembira meninggalkan ramadhan, tapi gembira untuk menyambut hari yang dianggap mulia dan untuk meraikan setelah sebulan mereka penat berpuasa. Bukan mereka ini tidak sayang pada Ramadhan malah dengan kesungguhan solat tarawikh yang mereka tunjukkan jelas mereka suka pada ramadhan, tapi mereka cuma tidak dikurniakan nikmat hidayah dan kecintaan kepada pengibadatan kepada ALLAH yang hanya dikurniakan pada ahli abid yang taat.
Sepeninggalan baki bulan ramadhan yang tinggal ini seharusnya kita manfaatkan dengan sebaiknya. Dalam satu mafhum hadith nabi "ramadhan itu di awalnya adalah rahmat, dipertengahannya itu adalah pengampunan dan diakhirnya itu akan dijauhkan diri daripada azab neraka". Dalam bulan ramadhan ini jelas disana terkandung mesej tersirat yang kekadang tidak dapat dilihat dan dirasai oleh segelintir insan khasnya yang khusyu beribadat kepada ALLAH. Konsep rahmah dan maghfirah yang ALLAH kurniakan kepada manusia dalam bulan ramadhan seharusnya diambil sebagai satu titik tolak kepada pengukuhan ikatan tali persaudaraan aqidah dikalangan umat manusia lagikan yang bersaudara dengan ikatan darah. Kita sering bertelagah, kita sering bertengkar dan berselisih pendapat dan yang agak dasyat sedikit ada yang sampai bertumpah darah kerana perselisihan. Jika kita memohon dan memberi maaf secara berdepan mahupun tidak berdepan sekalipun masih belum selesai sebenarnya. Jauh didalam hati kecil masih bercerita tentang perselisihan itu sehingga tiada kata noktahnya. Hanya satu penyelesaiannya dan dibulan yang mulia ini boleh dan seharusnya dipraktikkan. Selepas memohon maaf seharusnya diiringi selepas itu dengan memohon kepada ALLAH supaya mengampuni dosa dan kesalahan kita serta orang yang kita maafkan. Selesai dengan manusia dan selesai dengan ALLAH itulah yang terbaik.
Rahmah ALLAH itu bersama hamba-hambanya yang senantiasa berkasih sayang sesama manusia. Kenapa kita perlu jadi tidak kasih kepada saudara kita sedangkan ALLAH itu bersifat rahmat???adakah kita ini lebih hebat dari ALLAH???naudzubillah min dzalik. Marilah kita bersama mengambil kesempatan di saki baki bulan yang mulia ini menautkan hati sesama saudara seaqidah kita untuk saling berkasih sayang dan mendoakan sesama sendiri.....

"Sesungguhnya semua mu'min itu bersaudara dan perteguhkanlah diantaranya..."
(AL-Hujurat : ayat,10)
Waalhualam....

at 20:44  

0 comments:

Post a Comment