Ukhuwah dan Kesabaran

Terbaca satu notis di tingkap dapur yang berbunyi lebih kurang begini... "Depan muslimat cover hensem, tapi kat rumah pinggan nak cuci pun malas...!!", sekali baca pasti akan tersengih, tapi bagi orang yang lain mungkin tafsirannya agak keras dan tidak berhikmah. Namun itulah hakikat jika bersahabat. Ada teguran yang tak terungkap dek kata-kata tapi pena yang menjadi mangsa medium untuk meluahkan isi hati kecil. Lumrah dan asam garam dalam bersahabat pasti akan ada masanya kita bersuka ria, bergurau senda, 'gossip' liar dan tidak lekang juga dari bermasam muka dan berkecil hati. Jika tiada lekang dalam bersahabat pasti hidup kita tidak akan berwarna.

Tegasnya di sini, asas kepada persahabatan khasnya bagi individu muslim daie adalah Ukhuwah Islamiah yang berpegang kepada ayat dari surah Ali Imran ayat ke 103 yang bermaksud "dan berpeganglah kamu pada tali(Aqidah) ALLAH dan jangan berpecah belah...". Jelas dalam ayat ini bahawa asas kepada pembentukan ukhuwah Islamiah dalam bersahabat itu yang pertama ialah aqidah tauhid yang jitu kepada ALLAH. Asas kedua yang penting ialah perasaan mahabbah(Berkasih-sayang) kerana ALLAH. Mahabbah ini suri teladannya ditunjukkan oleh Baginda Nabi S.A.W. dalam sirah perjalanan hidup baginda. Melebihkan para para sahabat daripada diri sendiri. Hal ini mungkin terlalu ideal untuk dilaksanakan namun itulah hakikatnya.

Satu lagi  perkara asas dalam membina ukhuwah Islamiah ialah SABAR. Pernah dikatakan oleh ulama bahawa orang yang paling gagah itu ialah orang yang boleh menahan nafsu kemarahannya iaitu dengan bersabar. Sifat sabar dalam bersahabat memainkan peranan yang penting dan akan memberi kesan yang konsisten keatas perlaksanaan ukhuwah secara praktikal. Dari sekecil-kecil karenah sehingga sebesar perkara hendaklah meletakkan sabar sebagai faktor utama dalam bersahabat. Telah termaktub didalam Al-quran yang menjelaskan bahawa perjalanan untuk menegakkan panji Islam ini sangat jauh dan sukar. Dan sudah pastinya dalam mengharungi perjalanan yang jauh dan sukar itu bersama dengan para sahabat di sisi. Tak dinafikan yang sahabat kita tak semaksum Nabi dan tidak pula mencapai tahap para Sahabat baginda, pasti akan ada dikalangan sahabat termasuk diri kita yang melakukan kesilapan samada besar mahupun kecil. Sabar dan memberi maaf itu perlu bagi meneruskan kesinambunagan persahabatan kita.

"ana mintak tolong satu ja daripada sahabat sekalian, tolong doakan ana sentiasa berada dengan sahabat sebagaimana sifat dan sikap antum iaitu sentiasa berdakwah di jalan ALLAH." meminjam kata-kata ustaz 'bible' seorang pendakwah yang giat menangani isu murtad khususnya di sabah. Beliau juga mengingatkan dengan memetik satu potong ayat al-quran yang bermaksud "dan maafkanlah mereka, dan mintak lah supaya ALLAH ampunkan mereka....". Dalam ayat ini menyuruh kita memberi kemaafan dan memohon supaya ALLAH mengampunkan dosa sahabat kita itu. Memaafkan adalah untuk zahir dan memohon ampun daripada ALLAH adalah untuk menghilangkan perasaan marah kita di dalam hati. Sungguh indah perintah dan suruhan ALLAH ini. Jelas disini Ukhuwah antara yang paling praktikal dan mudah dilakukan ialah dengan bersabar, memaafkan dan mendoakan sahabat kita itu. Semoga kita senantiasa istiqomah berada di jalan dakwah ini.

Semoga ALLAH memberi keampunan kepada kita serta sahabat2 sperjuangan kita.........amin ya Rabbal alamin....


Tika gunung berbicara....


Sila Baca lagi.....

at 04:54 0 comments  

Kita berhajat, ALLAH penentu segalanya....

Hidup manusia di muka bumi ALLAH ini tidak sia-sia dan juga tidak dijadikan tanpa ada hikmah disebalik kejadiannya. Begitu juga dengan penciptaan keadaan dan segala macam perkara yang dihadapi setiap ketika dan saat. Secara hakikatnya segalanya adalah dengan kehendak dan penentuan DariNYA, tanpa kita selaku manusia tiada lansung walaupun sedikit kuasa untuk menentukan apa yang akan berlaku ke atas diri kita. 
Walaupun kita seringkali berhajat kepada ALLAH supaya DIA mempermudahkan urusan kita dan menunaikan hajat kita, namun paling penting untuk kita ingat bahawa tidak semestinya ALLAH akan menunaikannya. Firman ALLAH dalam surah albaqorah ayat ke 216 : " tidak semestinya sesuatu perkara yang kamu suka itu baik untukmu dan tidak pula semestinya perkara yang tidak kamu suka itu tidak baik untuk kamu...". ALLAH lah jua yang MAHA MENGETAHUI apa sahaja yang DIA lakukan ke atas diri kita sebagai manusia yang hina selaku hamba kepadaNYA. 
Namun manusia sering mengeluh dan tidak bersyukur dengan apa yang telah ALLAH berikan, walhal disebaliknya ada banyak kebaikan dan hikmah yang tidak boleh dinilai dan dilihat pada pandangan zahir manusia yang lemah ini. Tidak bermakna apa yang kita hajati daripada ALLAH setiap hari sekalipun, akan ditunaikan olehNYA pada masa yang kita kehendaki. Mungkin disitu ALLAH ingin menguji kita adakah iman dan aqidah kita masih memilih ALLAH yang Esa atau memilih jalan untuk menyekutukanNYA. Tidaklah layak kita memaksa ALLAH menunaikan segala permintaan kita. Kita hanya mampu memohon dan mungkin tidak di dunia pasti akan ada ganjarannya kelak di akhirat, percayalah.......insyALLAH.
"adakah kamu mengira aku jadikan sesuatu perkara itu sia-sia dan tidak akan dikembalikan??..." 
Wallahualam....


Sila Baca lagi.....

at 11:23 1 comments  

Beban dan Sabar

Salam alaik,

Sudah lama jemari ni tak coretkan sesuatu kat ruang maya ini. Awal bulan mei yang lepas genaplah 7 bulan aku melusuri jalan yang penuh liku dan cabaran ini. Semakin jauh aku dari gudang ilmu yang pernah aku jejaki, semakin bertambah beban dan tanggungjawab yang perlu aku pikul di kemudian hari. Proses pembinaan individu muslim telah dan sedang berjalan sehingga tiada tempoh masa tamatnya. Sebagaimana kata2 Imam Hassan Al-Banna "Islahlah dirimu dan ajaklah masyarakat." Tugas memperbaiki diri perlu seiring dan sejalan dengan tugas membaiki masyarakat. Hal ini kerana kewajiban yang kita ada adalah lebih banyak berbanding waktu yang tinggal.

Dalam masa yang sama kesinambungan pembentukan individu muslim ini akan berterusan dan kesinambungannya adalah dengan membentuk kelompok keluarga2 muslim yang pada akhirnya menjadi teras kepada masyarakat Muslim dan akhir sekali blok2 negara dan khilafah dapat diwujudkan.

Kita sedia maklum bahawa peranan dan fungsi kita sebagai individu muslim amat berat dan penuh dengan cabaran. Halangand an rinrangn ini digambarkan oleh ALLAH dalam Al-Quran bahawa manusia ini diciptakan tidak sia-sia dan semestinya ada ujian dan rintangan disediakan oleh ALLAH untuk manusia sekalian. Ada diuji dengan kesenangan, dan ada juga yang di uji dengan kesusahan. Jika kita lepas dengan ujian yang kita hadapi sendirian, maka ingatlah bahawa step ataupun tahap kedua dalam kehidupan manusia, mereka akan hidup berpasangan, lalu berganda dengan pengurniaan anak-anak, dan seterusnya keluarga semakin besar bilangan anggota. Maka disitu kita akan diuji pula dalam kelompok yang besar dengan pertambahan beban tanggungjawab yang tidak mungkin dapat dielakkan lagi oleh semua manusia.

Beban dan sabar ini amat rapat sekali. Seumpama adik beradik yang tidak dpat dipidahkan. Maka sesiapa yang memisahkan antara beban dan sabar, maka tunggula ketikanya, manusia itu berada di saat kehancuran. Lalu wujudlah sikap putus asa, panas baran, gila dan sebagainya. Hanya sabar sahaja yang boleh mengubat beban yang perit yang dipikul oleh setiap manusia.

wallahualam.


Sila Baca lagi.....

at 08:59 0 comments  

Sabar itu sebahagian daripada Iman

"Kenapa nta buat kerja orang lain???kan dah bahagi-bahagi kerja???kerja yang diberi dah siap???" satu dialog yang berlaku pada petang Jumaat yang mendung dan sayu. Mungkin tiada perkataan yang dapat diganti kepada sahabat saya yang terkedu dengan dialog tersebut. Ianya membuatkan saya turut kaget dan terkesima sebentar. Hormat dan rasa keorganisasian, itu yang dapat diterjemahkan melalui tindakan sahabat saya itu dlam mengharungi situasi itu dengan penuh tenang dan berhemah. "Hari ni hari Jumaat, jadi cuti dan sebab tu ana tak buat kerja hari ni." hanya suasana yang sepi menjadi jawapan selepas itu.

Satu peringatan kepada semua yang terlibat dalam mengorganisasikan sesuatu badan atau institusi, sikap toleransi, hormat menghormati, kasih sayang serta patuh pada arahan menjadi satu mekanisma kepada kejayaan sesebuah organisasi selain daripada ianya dipandu atas dasar ISLAM.
Sikap hormat menghormati perlu ada bukan sahaja dikalangan pengikut malah juga kepimpinan. Seorang orientalis Barat menyatakan "Jika kita mahu orang lain melayan kita dengan baik maka kita perlu layan mereka dengan baik dahulu." Dengan kata lain sikap ini adalah pantulan semula sikap kita kepada orang lain.
Kasih sayang, saling memahami dan toleransi juga merupakan elemen yang menjadi kunci kepada keamanan sesebuah organisasi. Tak mustahil jika kita lihat zaman ini banyak organisasi yang kecundang kerana lahirnya wabak-wabak konflik dalaman yang berpunca daripada tidak lain masalah hati. Sikap ini tiada mulanya melainkan kedua-dua pihak harus memainkan peranan masing-masing tanpa menunding jari kepada sesiapa. Kunci kepada elemen ini ialah sifat SABAR.

Kan ke SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN???

bila gunung bersuara........


Sila Baca lagi.....

at 21:17 0 comments  

Rezki di tangan ALLAH

"Tiga budak hitam main tapi longkang, satu kena panggil balik dah tinggal lah dua....", siapa yang tidak tahu lagu tradisional ini. Sentiasa didendangkan semasa kita masih kecil lagi. Terfikir juga ada wujud ke budak2 hitam ni???ataupun mereka ni keturunan daripada india ataupun afrika selatan yang menggambarkan kulit dan wajah mereka???

Kalau difikir2kan secara mendalam, sebenarnya banyak motif dan mesej yang mendalam yang ingin disampaikan oleh pencipta lagu tersebut. Dan semestinya perkara tersebut terjadi kepada kami sekarang yang bertungkus lumus di pejabat sekretariat. Ujian yang ALLAH timpakan bukan lah untuk hambanya merungut kosong dan mengomen, tapi adalah untuk memberi satu 'mid term exam' kepada 'candidatenya' untuk menguji tahap PNGK iman hambanya.

Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, begitu lah peribahasa melayu menyatakan bahawa tidak selamanya kita akan berada di sesuatu tempat itu. Yang pastinya semuanya akan pergi dan kembali ke alam yang baqo. Macam kena juga mesej dalam lagu 'budak hitam' itu. Kawan2 hitamnya takkan berada disamping atau dalam kelompok mereka selamanya, seorang demi seorang akan meninggalkan kumpulan tersebut, tidak kira samaada secara sendiri ataupun ajal yang menjemputnya.

Jika kita yakin dengan rezki yang ALLAH kurniakan, pasti kita tidak akan risau dan runsing tentang perihal untuk menyusun kehidupan esok hari. Tetapi itu teorinya sahaja. Jauh dari sudut praktikalnya. Adakah kita benar2 yakin dengan rezki yang ALLAH kurniakan???ataupun kita takut untuk jadi miskin???ataupun bimbang akan ditolak proposal untuk meminang anak kepada bakal bapak mentua kita???persoalan ini mungkin(tak pasti) menghantui pemikiran pekerja-pekerja sepenuh masa yang tidak menjanjikan pulangan dunia yang lumayan berbanding bekerja tetap yang sudah pasti akan ada pencennya. Bila berkata tentang risiko, mungkin ia juga satu aspek yang terlintas di dalam benak pemikiran individu yang ingin meletakkan diri dalam perjuangan secara sepenuh masa. Ianya tak lain adalah kesinambungan untuk meneruskan kehidupan harian atau survival yang bukan untuk diri sendiri sahaja malah juga untuk keluarga yang bakal dibina kelak. Ini adalah persoalan yang senantiasa berlegar dari masa ke masa tanpa akan ada noktah hentinya. Hal ini juga banyak dinyatakn di dalam sirah para Nabi dan Rasul serta juga sirah para pendokong perjuangan khususnya Islam. Dari segi teorinya mungkin lulus, tapi bila sampai bab praktikalnya.......Hanya ALLAH yang tahu.......

Wallahualam.....


Sila Baca lagi.....

at 09:31 0 comments