Program Jelajah Ulama Sekitar Pantai Barat Sabah
Wednesday, 22 October 2008
Berikut dipaparkan alternatif program:
Jumaat, 24 Oktober 08.
Khutbah dan ceramah lepas jumaat di Masjid Pekan Menggatal.
Kuliah Maghrib di Surau Taman Austral ,Kepayan.
Seterusnya...
Sabtu 25 Oktober 08
10.30 pagi: Ceramah di mMasjid Daerah Kota Marudu,
Kuliah Maghrib di Masjid Tanjung Kapur, Kudat.
Ahad 26 Oktober 08.
9-12 tengahari: Ceramah di Taman Nikmat, Kota Belud
Kuliah Maghrib di Masjid Daerah Ranau ,
Isnin 27 Oktober 08
Kuliah Subuh di Masjid Kg. Lohan, Ranau.
10-12 pagi: Ceramah di Masjid Daerah Tamparuli.
Maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia di talian 0138560679, 088-384 909, 088-389 515
Sila Baca lagi.....
at 22:58 0 comments
Labels: Program
Laporan Polis Terhadap Dompok Esok!!!
Friday, 17 October 2008
Esok bersamaan 18 Oktober 2008, dua laporan polis akan dibuat oleh wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dan satunya lagi oleh wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah berkenaan tentang kenyataan yang dibuat oleh YB Bernad Dompok dalam kongres ke-12 UPKO di sabah baru-baru ini. Kenyataan beliau telah menyentuh tentang sensitiviti agama Islam dan penganutnya.
Laporan akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, bertempat di karamunsing. Laporan akan dibuat bermula jam 9pagi. Diharapkan semua Umat Islam disekitar Kota Kinabalu dapat sama-sama berkumpul untuk menyatakan sokongan dan tunjukkan sensitiviti anda sebagai seorang Islam.!!!
Sila Baca lagi.....
at 05:22 0 comments
Labels: Program
Ukhuwah di bulan Ramadhan
Monday, 22 September 2008
"Sesungguhnya semua mu'min itu bersaudara dan perteguhkanlah diantaranya..."
Sila Baca lagi.....
at 20:44 0 comments
Labels: Tadzkirah
Ukhuwah dan Kesabaran
Wednesday, 2 July 2008
Terbaca satu notis di tingkap dapur yang berbunyi lebih kurang begini... "Depan muslimat cover hensem, tapi kat rumah pinggan nak cuci pun malas...!!", sekali baca pasti akan tersengih, tapi bagi orang yang lain mungkin tafsirannya agak keras dan tidak berhikmah. Namun itulah hakikat jika bersahabat. Ada teguran yang tak terungkap dek kata-kata tapi pena yang menjadi mangsa medium untuk meluahkan isi hati kecil. Lumrah dan asam garam dalam bersahabat pasti akan ada masanya kita bersuka ria, bergurau senda, 'gossip' liar dan tidak lekang juga dari bermasam muka dan berkecil hati. Jika tiada lekang dalam bersahabat pasti hidup kita tidak akan berwarna.
Tegasnya di sini, asas kepada persahabatan khasnya bagi individu muslim daie adalah Ukhuwah Islamiah yang berpegang kepada ayat dari surah Ali Imran ayat ke 103 yang bermaksud "dan berpeganglah kamu pada tali(Aqidah) ALLAH dan jangan berpecah belah...". Jelas dalam ayat ini bahawa asas kepada pembentukan ukhuwah Islamiah dalam bersahabat itu yang pertama ialah aqidah tauhid yang jitu kepada ALLAH. Asas kedua yang penting ialah perasaan mahabbah(Berkasih-sayang) kerana ALLAH. Mahabbah ini suri teladannya ditunjukkan oleh Baginda Nabi S.A.W. dalam sirah perjalanan hidup baginda. Melebihkan para para sahabat daripada diri sendiri. Hal ini mungkin terlalu ideal untuk dilaksanakan namun itulah hakikatnya.
Satu lagi perkara asas dalam membina ukhuwah Islamiah ialah SABAR. Pernah dikatakan oleh ulama bahawa orang yang paling gagah itu ialah orang yang boleh menahan nafsu kemarahannya iaitu dengan bersabar. Sifat sabar dalam bersahabat memainkan peranan yang penting dan akan memberi kesan yang konsisten keatas perlaksanaan ukhuwah secara praktikal. Dari sekecil-kecil karenah sehingga sebesar perkara hendaklah meletakkan sabar sebagai faktor utama dalam bersahabat. Telah termaktub didalam Al-quran yang menjelaskan bahawa perjalanan untuk menegakkan panji Islam ini sangat jauh dan sukar. Dan sudah pastinya dalam mengharungi perjalanan yang jauh dan sukar itu bersama dengan para sahabat di sisi. Tak dinafikan yang sahabat kita tak semaksum Nabi dan tidak pula mencapai tahap para Sahabat baginda, pasti akan ada dikalangan sahabat termasuk diri kita yang melakukan kesilapan samada besar mahupun kecil. Sabar dan memberi maaf itu perlu bagi meneruskan kesinambunagan persahabatan kita.
"ana mintak tolong satu ja daripada sahabat sekalian, tolong doakan ana sentiasa berada dengan sahabat sebagaimana sifat dan sikap antum iaitu sentiasa berdakwah di jalan ALLAH." meminjam kata-kata ustaz 'bible' seorang pendakwah yang giat menangani isu murtad khususnya di sabah. Beliau juga mengingatkan dengan memetik satu potong ayat al-quran yang bermaksud "dan maafkanlah mereka, dan mintak lah supaya ALLAH ampunkan mereka....". Dalam ayat ini menyuruh kita memberi kemaafan dan memohon supaya ALLAH mengampunkan dosa sahabat kita itu. Memaafkan adalah untuk zahir dan memohon ampun daripada ALLAH adalah untuk menghilangkan perasaan marah kita di dalam hati. Sungguh indah perintah dan suruhan ALLAH ini. Jelas disini Ukhuwah antara yang paling praktikal dan mudah dilakukan ialah dengan bersabar, memaafkan dan mendoakan sahabat kita itu. Semoga kita senantiasa istiqomah berada di jalan dakwah ini.
Semoga ALLAH memberi keampunan kepada kita serta sahabat2 sperjuangan kita.........amin ya Rabbal alamin....
Tika gunung berbicara....
Sila Baca lagi.....
at 04:54 0 comments
Labels: Tadzkirah
Kita berhajat, ALLAH penentu segalanya....
Friday, 13 June 2008
Sila Baca lagi.....
at 11:23 1 comments
Labels: Tadzkirah