Ukhuwah @ Asshobiyyah???

Dalam kita berdakwah sepanjang hari, antara unsur yang paling penting sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya adalah kasih sayang. Sifat kasih sayang penting bagi seseorang pendakwah dalam menyampaikan kalam ALLAH kepada objek dakwahnya.Sebagaimana yang terkandung dalam tafsir surah Nuh. Nabi nuh menyatakan kepada kaumnya siang dan malam mengajak mereka kepada menyembah ALLAH. Kerjanya itu tidak lain untuk supaya ALLAH mengampuni kaumnya dan mendapat keredhaan ALLAH. Nabi Nuh tidak semata mengajak kaumnya untuk mendapat pengaruh. Jauh sekali untuk idam miliki kuasa. Sejarah di dalam alquran membuktikan bahawa tempoh perjalanan dakwah Nabi Nuh sangat panjang hingga mencecah 950 tahun. Akhirnya hanya lebih kurang 60 orang sahaja yang bersetuju dan mengikutnya. Jelas kegigihan Nabi Nuh atas sifat kasih sayangnya pada kaumnya tidak lansung berputus asa dan berhenti dari kerja2nya sehinggalah ALLAH turunkan bala.


Kasih sayang yang mentautkan hati antara seorang dengan seorang yang lain. Begitu juga dalam buat kerja Islam. Asas Ukhuwah itu terletak kepada konsep kasih sayang. Namun sayang kasih sayang ini kekadang diletakkan pada tempat yang salah. Ada yang berkasih sayang berlainan jantina dalam dakwah, ada yang berkasih sayang tapi terpilih, ada yang berkasih sayang hanya pada yang boleh beri manfaat pada diri sendiri dan ada juga yang tidak lansung hiraukan kasih sayang ini. Ukhuwah yang berlandaskan kasih sayang itu sangat dituntut. Tapi bilamana kasih sayang itu hanya bertumpu kepada sesuatu bangsa, pangkat, warna kulit dan batasan geografi semata, adakah boleh dilengkapkan makna ukhuwah itu??? Kasih yang berlebihan hanya untuk saudara setempatnya dan akhir sekali lupa akan makna Islam itu bersaudara. Kasih kerana menganggap hanya saudara setempatnya sahaja yang layak untuk diberikan kaih itu. Bukankah itu sudah dinamakan asshobiyyah??? Asshobiyyah jika diselitkan didalam ukhuwah maka akan berlaku sedikit kecacatan dalam gerakan.

Bukankah semua mukmin itu bersaudara dan saling bahu-membahu sesama sendiri???

at 01:51  

0 comments:

Post a Comment