Ukhuwah, Oh Kuah....
Thursday, 26 March 2009
Nak selami perasaan sahabat-sahabat sangat mencabar. Hati paling susah nak dibaca dan ditafsir. Sebab tu pernah sekali Nabi SallaLLAH alaihiwasallam menegur salah seorang sahabatnya yang membunuh tentera lawan yang mengucapkan kalimah tauhid selepsa di acukan pedang, adakah sahabat itu telah membelah hati lawan itu untuk membuktikan yang mereka itu mengucapkan kata-kata tipu??. Persoalan hati ini seharusnya deserahkan kepada ALLAH untuk diselesaikan samaada dihukum atau diganjar. Kita hanya mampu berusaha. Berusaha untuk berhusnuzon, berusaha untuk tidak mewujudkan konflik dalam hubungan persahabatan. Sabda Nabi SallaLLAH alaihiwasallam yang bermaksud "Janganlah engkau marah", banyak pengajaran dalam hadith ini walaupun ringkas. Sebab marah itu mengundang pelbagai masalah berbangkit kelak.
Kemas Imam Hassan Al-banna menyusun teori ukhuwah dengan 3 rukun Usrah(keluarga). Pertama dimulakan dengan pengenalan. Kita wajib kenal nama sahabat kita. Kita harus kenal latar belakangnya. Kita perlu untuk mengetahui perinci sosok fizikalnya. Bila sudah tahu maka mudah untuk peringkat ke-dua iaitu faham. Kita tahu sahabat kita kuat meleter, jangan kita panaskan lagi dengan leteran kita. Kita tahu dan kenal sahabat kita orang yang pembersih dan kemas, jangan kita cemari pakaiannya. Kita kenal sahabat kita kuat makan, berikan dia ruang yang banyak untuk makannya. Kita kenal sahabat kita mudah kecil hati bila kita tinggalkan dia untuk makan bersama, jangan kita tinggalkan. Sebagaimana sindiran pedas "bila lapar kita ukhuwah, bila jumpa makanan kita 'Oh..kuah'". Lepas kita faham dan kenal sahabat kita barulah boleh praktis rukun ke-tiga iaitu saling membantu. Saling membantu bukan sahaja bantu bila susah. Bantu untuk memudahkan urusan, bantu untuk dia kurangkan marahnya, bantu untuk legakan sakit hatinya, bantu untuk tidak bergaduh dengannya. Kita hanya nampak bantu itu dari sudut material semata. Malah lebih jauh berkesan bilamana sudut spiritual itu kita penuhi.
Susah nak cari 'Ukhuwah berbanding Oh...kuah...'
at 01:52