Ukhuwah, Oh Kuah....

Nak selami perasaan sahabat-sahabat sangat mencabar. Hati paling susah nak dibaca dan ditafsir. Sebab tu pernah sekali Nabi SallaLLAH alaihiwasallam menegur salah seorang sahabatnya yang membunuh tentera lawan yang mengucapkan kalimah tauhid selepsa di acukan pedang, adakah sahabat itu telah membelah hati lawan itu untuk membuktikan yang mereka itu mengucapkan kata-kata tipu??. Persoalan hati ini seharusnya deserahkan kepada ALLAH untuk diselesaikan samaada dihukum atau diganjar. Kita hanya mampu berusaha. Berusaha untuk berhusnuzon, berusaha untuk tidak mewujudkan konflik dalam hubungan persahabatan. Sabda Nabi SallaLLAH alaihiwasallam yang bermaksud "Janganlah engkau marah", banyak pengajaran dalam hadith ini walaupun ringkas. Sebab marah itu mengundang pelbagai masalah berbangkit kelak.

Kemas Imam Hassan Al-banna menyusun teori ukhuwah dengan 3 rukun Usrah(keluarga). Pertama dimulakan dengan pengenalan. Kita wajib kenal nama sahabat kita. Kita harus kenal latar belakangnya. Kita perlu untuk mengetahui perinci sosok fizikalnya. Bila sudah tahu maka mudah untuk peringkat ke-dua iaitu faham. Kita tahu sahabat kita kuat meleter, jangan kita panaskan lagi dengan leteran kita. Kita tahu dan kenal sahabat kita orang yang pembersih dan kemas, jangan kita cemari pakaiannya. Kita kenal sahabat kita kuat makan, berikan dia ruang yang banyak untuk makannya. Kita kenal sahabat kita mudah kecil hati bila kita tinggalkan dia untuk makan bersama, jangan kita tinggalkan. Sebagaimana sindiran pedas "bila lapar kita ukhuwah, bila jumpa makanan kita 'Oh..kuah'". Lepas kita faham dan kenal sahabat kita barulah boleh praktis rukun ke-tiga iaitu saling membantu. Saling membantu bukan sahaja bantu bila susah. Bantu untuk memudahkan urusan, bantu untuk dia kurangkan marahnya, bantu untuk legakan sakit hatinya, bantu untuk tidak bergaduh dengannya. Kita hanya nampak bantu itu dari sudut material semata. Malah lebih jauh berkesan bilamana sudut spiritual itu kita penuhi.

Susah nak cari 'Ukhuwah berbanding Oh...kuah...'


Sila Baca lagi.....

at 01:52 0 comments  

Ukhuwah @ Asshobiyyah???

Dalam kita berdakwah sepanjang hari, antara unsur yang paling penting sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya adalah kasih sayang. Sifat kasih sayang penting bagi seseorang pendakwah dalam menyampaikan kalam ALLAH kepada objek dakwahnya.Sebagaimana yang terkandung dalam tafsir surah Nuh. Nabi nuh menyatakan kepada kaumnya siang dan malam mengajak mereka kepada menyembah ALLAH. Kerjanya itu tidak lain untuk supaya ALLAH mengampuni kaumnya dan mendapat keredhaan ALLAH. Nabi Nuh tidak semata mengajak kaumnya untuk mendapat pengaruh. Jauh sekali untuk idam miliki kuasa. Sejarah di dalam alquran membuktikan bahawa tempoh perjalanan dakwah Nabi Nuh sangat panjang hingga mencecah 950 tahun. Akhirnya hanya lebih kurang 60 orang sahaja yang bersetuju dan mengikutnya. Jelas kegigihan Nabi Nuh atas sifat kasih sayangnya pada kaumnya tidak lansung berputus asa dan berhenti dari kerja2nya sehinggalah ALLAH turunkan bala.


Kasih sayang yang mentautkan hati antara seorang dengan seorang yang lain. Begitu juga dalam buat kerja Islam. Asas Ukhuwah itu terletak kepada konsep kasih sayang. Namun sayang kasih sayang ini kekadang diletakkan pada tempat yang salah. Ada yang berkasih sayang berlainan jantina dalam dakwah, ada yang berkasih sayang tapi terpilih, ada yang berkasih sayang hanya pada yang boleh beri manfaat pada diri sendiri dan ada juga yang tidak lansung hiraukan kasih sayang ini. Ukhuwah yang berlandaskan kasih sayang itu sangat dituntut. Tapi bilamana kasih sayang itu hanya bertumpu kepada sesuatu bangsa, pangkat, warna kulit dan batasan geografi semata, adakah boleh dilengkapkan makna ukhuwah itu??? Kasih yang berlebihan hanya untuk saudara setempatnya dan akhir sekali lupa akan makna Islam itu bersaudara. Kasih kerana menganggap hanya saudara setempatnya sahaja yang layak untuk diberikan kaih itu. Bukankah itu sudah dinamakan asshobiyyah??? Asshobiyyah jika diselitkan didalam ukhuwah maka akan berlaku sedikit kecacatan dalam gerakan.

Bukankah semua mukmin itu bersaudara dan saling bahu-membahu sesama sendiri???


Sila Baca lagi.....

at 01:51 0 comments  

PENGUMUMAN PENTING!!!




Sila Baca lagi.....

at 18:55 0 comments  

Posting oh Posting....

Mudah untuk di ungkapkan. Namun amat sukar untuk di nukilkan. Lebih kurang begitulah keadaan aku sekarang. Kata2 yang selalunya mudah untuk dirungkai tapi akhirnya bila nak di ukirkan dalam
bentuk penulisan amat sukar sekali. Mungkinkah aku kurang berbakat untuk menulis???ataupun sikap malasku menguasai aku???. Tapi yang pastinya, bagi sesetengah penulis berpengalaman mengatakan bahawa sesuatu tulisan yang menarik itu bermula dengan menulis dan terus menulis. Maksudnya perlukan pengalaman dan pengamatan untuk menulis. Namun bagi sesetengah pandangan yang lain ada mengatakan yang penulis ini biasanya orang yang tak pandai nak berucap. Barilah apa juga pandangan. Yang paling pasti ialah bidang penulisan ini juga mainkan peranan penting dalam peperangan. Juga dalam berdakwah. Masakan ada yang tertarik dengan Islam dengan tulisan. Malah ada juga yang lebih buruk dengan membenci Islam dengan juga penulisan.


Yang amat pasti bagi aku ialah, aku menulis ini adalah dengan harapan untuk ikat. Moga orang yang baca tulisan aku ini boleh diikat. Ikat dengan tali aqidah untuk terus terima bahawa Islam itulah yang sepatutnya jadi cara hidup. Mintak di jauhkan agar tulisan aku ini tidak merosak lagikan menjauhkan lagi pembaca dari hidayah ALLAH. NaudzubiLLAH.


Tulis dan terus menulis

Tidak kira kertas itu rupanya kosong atau bergaris

Tapi yang pasti bukan untuk pelaris

Dan juga bukan untuk di kuis-kuis

Halus tulisan boleh buat orang menangis

Tapi kalau kasar pula mungkin ada yang terguris

Baik tulisan boleh dipraktis

Dan kalau buruk pula perlu ditepis

Selagi nyawaku ini belum lagi habis

kan ku terus berusaha gigih untuk MENULIS....

Untuk mengisi medan dakwah ini yang penuh tragis......



Kg. Likas

8.07p.m.


Sila Baca lagi.....

at 03:56 0 comments  

Karyaku : Sang Pendokong

Salam ukhuwah untuk semua pendakwah
Sedang mengkaji dan mencari jalan yang terarah
Tiap malam munajat dan berserah
Pada Sang Penguasa Yang Maha Pemurah
Bermuhasabah dengan silap dan salah
Agar pahala yang terkumpul tidak kalah
Pada dosa yang banyak tercurah
Peluh dan keringat kerap dikerah
Menempuh jalan dahwah yang berliku dan berlurah
Hingga ke titisan air mata darah
Caci dan maki sanggup diredah
Jangan bersedih dan jangahlah cepat marah
Hanya kepada ALLAH diletakkan pasrah
Untuk mencari CINTANYA di akhirah
Agar kelak disana jiwa dan jasad tidak susah
Ikhlaskan dirimu wahai pendokong JALAN INI dan teruskan istiqomah
Telah terpilih dirimu wahai PENDAKWAH.........



Riverside Plaza
3.10 p.m.
1/12/2008


Sila Baca lagi.....

at 22:53 0 comments