Teguh berprinsip

Menarik bukan???Bila kita sedang dalam kegentingan tak kira dari aspek kewangan ataupun keperluan asas, pasti akan timbul rasa terdesak untuk melakukan sesuatu yang melanggar prinsip diri yang selama ini dipegang. Itulah cabaran dan ujian yang sering melanda diri tika hadapi dilema kesusahan dan keperitan hidup. Masakan seorang ibu sanggup melacurkan dirinya untuk beri makan kepada anaknya.


Cabaran dalam kehidupan banyak mengubah sistem prinsip manusia. Hal demikian mungkin disebabkan kurangnya faktor untuk memantapkan diri untuk terus berpegang pada prinsip yang telah ditetapkan. Dengan makna lain tiada kepentingan yang dapat dilihat jika terus berpegang pada prinsip yang sama malah akan jadi lebih teruk lagi. Contohnya seorang berpegang utk tidak makan masakan dirumah selama-lamanya. Tetapi bila dia lama berada dirumah ataupun keadaan tidak meizinkan dia keluar rumah utk jangka masa panjang, maka pastinya dia akan kelaparan dan kebetulan masakan dirumah pada waktu itu sgt menusuk hidung dan boleh menggugat nafsu makan. oleh kerana difikirkan faedah yang dia dapat tak seberapa jika dia teruskan pegangan tersebut dan dalam keadaan terdesak iaitu terlalu lapar, pasti dia akan korbankan pegangan dia dan makan masakan tersebut.

Berlainan dalam Islam. Konsep pegangan prinsip itu secara fitrahnya telah ditentukan oleh ALLAH sejak sebelum manusia diciptakan. ALLAH yang MAHA Pencipta sangat tahu apa yang manusia perlukan dan bakal terima. Sebab itulah dalam Islam terdapat ganjaran yang labih besar dari nikmat seluruh dunia dan seisinya. Dan juga padahnya tidak kalah kepada bencana yang paling dasyat di dunia ini. Itulah dia ganjaran SYurga dan balasan neraka.

Kedua-dua ini menjadi sasaran dan matlamat bagi orang mukmin untuk terus teguh berpegang pada prinsip Islam. Masakan ramai mujahid Islam dari zaman dahulu hingga sekarang berlumba-lumba untuk mati dan tinggalkan dunia ini segera. Dengan mati yang mereka pilih bukanlah mati biasa akan tetapi mati yang menjanjikan syurga dan nikmat yang tidak terhingga dan tak terlawan oleh nikmat dunia iaitu mati syahid. Dengan ganjaran itulah yang menyebabkan orang Islam yang beriman teguh dan terus berpegang pada prinsip Islam dan tidakpernah goyah. Bagi orang mukmin yang muttaqin itu, lapar, hidup sudah, bencana yang menimpa, dan apasahaja keperitan yang dilalui malah kesenangan sekalipun pasti tidak akan menggugat prinsip keimanan mereka. COntohnya kisah para sahabat dahulu seperti apa yang terjadi kepada keluarga Yasir, beliau dan isterinya sumayyah dibunuh kejam oleh tuannya walaupun pada awalnya ditawarkan utk bebas jika berpaling dari prinsip Islam. Tapi mereka memilih untuk senang di akhirat kelak.

Maka benarlah maksud firman ALLAH dalam surah al-ankabut:
"Adakah kamu menyangka kamu telah beriman sedangkan kamu belum diuji???"

Iman itulah natijah kepada teguh berpegang kepada prinsip.


Sabar itu sebahagian daripada iman.


Sila Baca lagi.....

at 18:37 0 comments  

Selamat datang rejab

Beza antara abid dan alim ialah pada keilmuan dan pelaksanaan. Yang paling baik dan cemerlang ialah si alim yang abid kepada ALLAH. Semata beribadah tanpa ada ilmu itu adalah menuju kepada kesesatan. Manakala ilmu tanpa pengamalan itu pula adalah perkara yang paling dimurkai ALLAH, Surah as-shoff ayat 2-3.

Siapa sahaja yang ditanya pasti inginkan nikmat syurga. Tanpa perlu tanya yang manusia ini semestinya takut dan gerun jauh skali untuk bermimpi untuk masuk ke neraka. Persoalannya adakah amalan kita selama ini melayakkan kita untuk mendapat syurga dari ALLAH???

Persoalan syurga neraka terletak kepada amalan yang kita lakukan hanya semata kerana ALLAH. Sejauh mana keikhlasan hati kita untuk melaksanankan sesuatau ibadah kepada ALLAH itu tertakluk kepada diri sendiri untuk menilai dan membuat tafsiran. Jika berlebihan akan terjun ke dalam sifat ujub. jika kurang akan menyebabkan kita penat untuk beribadah kepada ALLAH. Jadi pilihlah yang sederhana untuk menilai diri.

Kita perlu rasa sering tidak cukup dalam melakukan amalan ibadah kepada ALLAH. Sifat tidak cukup akan mendorong sikap untuk terus beribadah kepadanya tidak kira dalam perkara yang umum ataupun khusus.

Apapun selamat menyambut bulan Rejab yang baru tiba. Tibanya bulan rejab ini menandakan tidak lama lagi bulan Ramadhan akan muncul. Banyakkan lah latihan untuk menempuh kampus ramadhan tidak lama lagi. wallahualam.


Sila Baca lagi.....

at 02:37 0 comments  

Ukhuwah, Oh Kuah....

Nak selami perasaan sahabat-sahabat sangat mencabar. Hati paling susah nak dibaca dan ditafsir. Sebab tu pernah sekali Nabi SallaLLAH alaihiwasallam menegur salah seorang sahabatnya yang membunuh tentera lawan yang mengucapkan kalimah tauhid selepsa di acukan pedang, adakah sahabat itu telah membelah hati lawan itu untuk membuktikan yang mereka itu mengucapkan kata-kata tipu??. Persoalan hati ini seharusnya deserahkan kepada ALLAH untuk diselesaikan samaada dihukum atau diganjar. Kita hanya mampu berusaha. Berusaha untuk berhusnuzon, berusaha untuk tidak mewujudkan konflik dalam hubungan persahabatan. Sabda Nabi SallaLLAH alaihiwasallam yang bermaksud "Janganlah engkau marah", banyak pengajaran dalam hadith ini walaupun ringkas. Sebab marah itu mengundang pelbagai masalah berbangkit kelak.

Kemas Imam Hassan Al-banna menyusun teori ukhuwah dengan 3 rukun Usrah(keluarga). Pertama dimulakan dengan pengenalan. Kita wajib kenal nama sahabat kita. Kita harus kenal latar belakangnya. Kita perlu untuk mengetahui perinci sosok fizikalnya. Bila sudah tahu maka mudah untuk peringkat ke-dua iaitu faham. Kita tahu sahabat kita kuat meleter, jangan kita panaskan lagi dengan leteran kita. Kita tahu dan kenal sahabat kita orang yang pembersih dan kemas, jangan kita cemari pakaiannya. Kita kenal sahabat kita kuat makan, berikan dia ruang yang banyak untuk makannya. Kita kenal sahabat kita mudah kecil hati bila kita tinggalkan dia untuk makan bersama, jangan kita tinggalkan. Sebagaimana sindiran pedas "bila lapar kita ukhuwah, bila jumpa makanan kita 'Oh..kuah'". Lepas kita faham dan kenal sahabat kita barulah boleh praktis rukun ke-tiga iaitu saling membantu. Saling membantu bukan sahaja bantu bila susah. Bantu untuk memudahkan urusan, bantu untuk dia kurangkan marahnya, bantu untuk legakan sakit hatinya, bantu untuk tidak bergaduh dengannya. Kita hanya nampak bantu itu dari sudut material semata. Malah lebih jauh berkesan bilamana sudut spiritual itu kita penuhi.

Susah nak cari 'Ukhuwah berbanding Oh...kuah...'


Sila Baca lagi.....

at 01:52 0 comments  

Ukhuwah @ Asshobiyyah???

Dalam kita berdakwah sepanjang hari, antara unsur yang paling penting sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya adalah kasih sayang. Sifat kasih sayang penting bagi seseorang pendakwah dalam menyampaikan kalam ALLAH kepada objek dakwahnya.Sebagaimana yang terkandung dalam tafsir surah Nuh. Nabi nuh menyatakan kepada kaumnya siang dan malam mengajak mereka kepada menyembah ALLAH. Kerjanya itu tidak lain untuk supaya ALLAH mengampuni kaumnya dan mendapat keredhaan ALLAH. Nabi Nuh tidak semata mengajak kaumnya untuk mendapat pengaruh. Jauh sekali untuk idam miliki kuasa. Sejarah di dalam alquran membuktikan bahawa tempoh perjalanan dakwah Nabi Nuh sangat panjang hingga mencecah 950 tahun. Akhirnya hanya lebih kurang 60 orang sahaja yang bersetuju dan mengikutnya. Jelas kegigihan Nabi Nuh atas sifat kasih sayangnya pada kaumnya tidak lansung berputus asa dan berhenti dari kerja2nya sehinggalah ALLAH turunkan bala.


Kasih sayang yang mentautkan hati antara seorang dengan seorang yang lain. Begitu juga dalam buat kerja Islam. Asas Ukhuwah itu terletak kepada konsep kasih sayang. Namun sayang kasih sayang ini kekadang diletakkan pada tempat yang salah. Ada yang berkasih sayang berlainan jantina dalam dakwah, ada yang berkasih sayang tapi terpilih, ada yang berkasih sayang hanya pada yang boleh beri manfaat pada diri sendiri dan ada juga yang tidak lansung hiraukan kasih sayang ini. Ukhuwah yang berlandaskan kasih sayang itu sangat dituntut. Tapi bilamana kasih sayang itu hanya bertumpu kepada sesuatu bangsa, pangkat, warna kulit dan batasan geografi semata, adakah boleh dilengkapkan makna ukhuwah itu??? Kasih yang berlebihan hanya untuk saudara setempatnya dan akhir sekali lupa akan makna Islam itu bersaudara. Kasih kerana menganggap hanya saudara setempatnya sahaja yang layak untuk diberikan kaih itu. Bukankah itu sudah dinamakan asshobiyyah??? Asshobiyyah jika diselitkan didalam ukhuwah maka akan berlaku sedikit kecacatan dalam gerakan.

Bukankah semua mukmin itu bersaudara dan saling bahu-membahu sesama sendiri???


Sila Baca lagi.....

at 01:51 0 comments  

PENGUMUMAN PENTING!!!




Sila Baca lagi.....

at 18:55 0 comments